9 Mar 2012

Bila aku mula menaip.. ini AKU...

Aku  belajar.. aku mencari.. aku menilai.. dan aku memerhati.. kau pergi.. kau berlari.. kau meninggalkan.. kini aku sendiri.. ok tiada kaitan..


Dah lama kan ? dah sebulan mungkin.. opss lebih.. 40 hari ke atas.. aku tahu tiada siapa yang menunggu tiada siapa yang menanti dan tiada siapa yang hirau kalau aku dah lama tak up dates blog.. kannn?? .. ok stop! .. macam celaka pulak ayat ni..




semula boleh semula ?




kabare dunia blog  ??!! harap harap sakit-sakit sahaja.. tujuan saya menekan-nekan button keyboard ini adalah........ ah skema lah pulak.. fakingg!!!




  -----------------------------------------------------------------------








sebenarnya banyak benda nak cerita banyak perkara nak kongsi banyak kisah nak di taip.. tapi apakan daya nafsu malas mengatasi segalanya..




aku cuma mampu kata aku rindu.. sumpah aku rindu.. kalau di beri ratio rindu aku tu 5:5 hidup aku di penuhi rindu.. nampak tak betapa hyper nya rasa rindu aku tu?


bukan rindu pada pakwe apatah lagi bakal suami.. ini rindu raja segala rindu tahu?




semalam genap 44 hari Abah tinggalkan kami.. 




aku rindu nak jumpa dengan Mak.. aku rindu nak melawat Abah.. aku rindu nak jumpa budak budak kucing aku.. aku rindu tempat aku.. aku rindu nak tengok laut.. aku rindu semuanya yg aku tinggalkan dulu..




kini aku belajar bersabar, belajar bertabah, belajar memendam rasa rindu.. mungkin kau geli kau tak percaya kau pelik bila terbaca ini semua.. begitu juga aku.. ah!! fakingg nya ayat aku sekarang ni pasaii paa?? menyu lah ni.. sayur betei.. ok tiada kaitan lagi sekali.. sila abaikan..




dah dah stop drama petang-petang.. apa yg aku rasa, apa yg aku fikir dan apa yg aku bicara dalam hati buat apa untuk aku kongsi dgn yg lain?.. umpama aku menjaja kisah peribadi.. hidup yg tiada privacy.. ok itu bukan aku.. 




ah aku nak aktif blog semula... makin lama aku tinggalkan makin celake ayat yg aku luahkan.. dah lah hotsentap lah cengini.. *tetiba..




------------------------------------------------------------------








Aku nak balik RUMAH!!!!!








konklusinya di sini sila jangan tinggalkan blog terlalu lama.. ayat serupa kura-kura berkawan dengan labi-labi..