3 Sept 2012

=_=





Time orang semangat nak updates blog time tu lah ada yang kacau.
Ish ! Esok sambung. K baii..



By the way mata saya nampak seksi.. kakakaka *tetiba*


12 Aug 2012

Raya datang lagi =')



Salam,

Hari ni  hari ahad bersamaan 23 Ramadhan, maknanya dah 23 hari puasa. Pejam celik pejam celik lagi ENAM hari nak raya. Acane persiapan korang? Meriah? baguslah. Kemeriahkan hari raya makin lama makin suram. Dulu bila bulan puasa eksaited sangat. Masa puasalah boleh makan macam-macam, nak apa je mesti dapat. Tapi sekarang makan apa yang ada je. Nak dekat raya semangat nak buat macam-macam biskut raya. Tapi sekarang biskut raya pakai tunjuk je. Tahun lepas adalah buat jugak tapi tahun ni langsung tak ada.


Tahun sebelum ni ada Abah tolong buat ketupat, tugas kami masuk pulut dalam ketupat. Dulu pernahlah Abah ajar, pakarlah jugak lepas tu dah boleh buat ketupat sendiri tapi masuk raya tahun depan terus lupa. Hahaha.. Dah lama tak main bunga api. Pelita dulu pernah pasang depan rumah. Pasang lampu kelip=kelip. Tapi sekarang pelita tu dijadikan khazah kat bangsal je. Dah berapa tahun tak guna. Suram kan? Lampu kelip-kelip pun dah tak ada sebab dulu Abah je yang semangat pasang, tapi bila dah tak ada orang lelaki kat rumah siapa yang boleh di harapkan? Aku? *sengih*


Tapi yang tak berubahnya baju raya pasti ada. Dua pasang. Kalau tak sepasang je, satu lagi guna duit sendiri beli. Satu lagi sedondon kami tiga beradik perempuan sebab nak pakai masa tunang Along raya ketiga nanti.  Tiga helaibersamaan RM180 selepas tawar menawar. Kasut raya pun guna duit sendiri, beg raya pun ada =) tapi guna duit sendiri jugak. Untungkan ada duit sendiri?


Tahun ni first time raya tanpa Abah, and first time raya aidilfitri tak raya kat Tioman. Kali ni raya kat luar dari Pulau Tioman, sebab kubur Abah bukan kat Tioman. First day raya ziarah kubur Abah =') . Sebab tu sambutan tahun ni macam suram, tak eksaited macam tahun dulu-dulu. Kalau dulu, ingat lagi masa Abah ada time raya Abah ada isi duit dalam angpau, suruh kami adik beradik termasuk Mak pilih. Kat dalam angpau tu ada duit 100, 50, 10, 5 dan seringgit. Nasib lah siapa dapat 100 atau seringgit. Masa tu angah dengan adik dapat 100 dan 50, Mak dapat seringgit. Hahaha, aku? 5 ringgit je. Sobs Sobs Sobs.. Tahun ni entah ada ke tak duit raya, yelah semua dah besar-besar.


Tahun ni raya rumah sedara je, sorry kekawan tak dapat korang raya rumah aku :) . Next year lah, insya'Allah.. Tapi kesian pulak kucing kat rumah, dah lah seminggu kena tinggal. Tak dapat beraya dengan tuan pulak tu. Mohon bertabah ye . hihihi..


Tahun ni tak ada siapa nak bagi kad raya kat kita ke? Tak dapat kad raya dapat duit raya pun boleh.. Teheee =D . 


Tapi raya tahun ni memang tak rasa apa-apa. Tak eksaited, macam hari hari biasa. Tahun ni angah tak balik raya lagi. Tak berkesempatan lagi nak raya dengan kakak ipar. Next years mesti dah bertiga. Susahnya kerja jadi nurse *tetiba*


Pada kawan kawan perempuan lelaki, senior junior  SKT, SMKT, SMKPJ dan UniKL RCMP saya ingin mengucapkan SELAMAT MENIKMATI BULAN RAMADAN yang tinggal kurang dari seminggu, sama-sama lah kita memperbanyakkan amal ibadah dan mengejar malam lailatul qadar. Semoga ramadan kali ini memberi sejuta keberkatan pada kita semua. Di samping itu saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI, segala salah dan silap dari sejak pertama kali berkenalan hingga kini mohon di ampunkan. Manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan sebab tu kita diwajibkan memohon maaf.


Tak lupa jugak pada abang-abang, akak-akak dan adik-adik di facebook, twitter, tagged, foursquare, formspring, follower blog and instagram *amboii banyak kemain*, dan semua friend di laman sosial SeLAMAT HARI RAYA! =)




Tiada kata seindah mutiara, hanya memohon seribu kemaafan, agar hubungan persaudaraan ini terus berkekalan - Nasuha Mohammad

11 Aug 2012

#1 KKSM



"Fi kau tengok mamat tu pehh kemain smart segak bergaya siot", puji Ain sambil mata terus menikmati wajah anugerah dari Maha Esa. "Ah kau ni In pantang tengok mamat handsome sikit mata tu kalau boleh nak terkeluar, agak-agaklah makcik oiii malu ke orang yang nengoknya hang tu dah lah anak dara, tak sopan tahu?", tanpa mempedulikan akan kewujudan lelaki yang dikatakan handsome aku terus mengatur langkah untuk ke dewan kuliah. Ain terus membontoti aku setelah rezeki matanya hilang dari pandangan.

"Ala Fi mamat tu memang handsome lah, first time aku nampak sejak kita masuk ni nak kata sama batch dengan kita waktu orientasi tu tak nampaklah pulak, kau kan tahu mata aku ni pakar dalam mencari wajah wajah yang bak kata orang sejuk mata memandang. Mungkin dia senior kita kut". "Mungkin", jawab aku sepatah. "Kau rasa dia ambil course apa ek?". "Entahlah Ain, aku ni bukan dah dua tiga tahunstudy sini, baru seminggu. Lagipun kau nampak kat dahi ni ada tertulis kaunter pertanyan ke?", sebenarnya aku malas melayan persoalan yang tak berapa cerdik, selama enam tahun dia mengenali aku tentu dia tahu segala hal perkembangan berkaitan manusia aku bukanlah sumber terbaik yang boleh di gunakan. "Fiiiii..... marah pulak. Aku tanya jelah. Kau ni..",rajuk Ain. "Bukan aku marah tapi yelah kau tanya kat salah tempat, kau kan tahu aku macam mana? Sedangkan classmate kita pun aku tak kenal ini kan orang luar, dah lah lupa jelah mamat tu nanti bila kau nampak mamat handsome yang lain mulalah lupa ke mamat yang tadi", selama aku mengenali Ain aku terlalu masak dengan perangainya yang cepat jatuh suka bila melihat lelaki yang perwatakkan menarik. Namun sampai sekarang hatinya belum terbuka untuk bercinta. Prinsipnya mudah, 'suka boleh jadi duka, tapi cinta aku akan kekal hingga hujung nyawa'. Entah kenapa dia berprinsip macam tu pun aku malas nak bertanya.

"Tapi Fi aku rasa lain macam lah masa pandang dia, aku rasa aku dah terkena cinta pandang pertama!", terhenti langkah aku. "Kau ni In stop mengarut boleh tak? Suka dengan cinta pun kau tak boleh nak bezakan?". "Aku serius ni Fi, aku rasa aku dah tangkap cintan ngan mamat tu, kau tengok lah suatu hari nanti aku akan jadikan dia balak aku. Kau tengoklah nanti", dengan pernah keazaman dia berkata. "Engkau ni Ain kadang-kadang menakutkan jugak", perbualan kami berhenti setelah memasuki dewan kuliah.



*******************************



Tapi siapa sangka perbualan yang di anggap gurauan semata-mata memberi perubahan ketara dalam hidup kami berdua.


8 Aug 2012

Need Some Help.



Cuti ke?.. Taklah dah berhenti.. Berhenti? Kenapa? Berhenti sebab....

Yup! Aku dah berHENTI study. Aku bukan lagi student nurse. Bukan lagi pelajar UniKL RCMP. Aku bukan lagi belajar di Perak. Aku bukan lagi di sana. Aku sekarang menetap di rumah. Duduk dengan Mak dan dah bekerja pun.

Jika di tanya sebab apa aku berhenti sejujurnya aku tiada alasan yang tepat untuk itu. Aku tak tahu kenapa yang pasti hati aku bukan kat sana lagi. Aku tak menyesal dengan keputusan yang telah aku buat dan aku juga tak menyesal pernah study di sana. Kalau boleh memang aku nak ke sana tapi bukan sebagai pelajar UniKL RCMP. Serik? NO. Best? Yes! Kat sana aku punya kawan yang best. Jadi student nurse pun best tapi sayang jadi student nurse dibawah RCMP itu yang tak best. Kenapa? Ha Ha Ha saja yang mampu aku katakan :)

Alasan yang selalu aku berikan bila ada yang menanyakan sebab aku berhenti pasti aku jawab sebab mahal. Yup memang mahal bagi aku tapi aku tahu sebenarnya family aku mampu untuk membayarkannya. Tapi sebagai anak dan adik yang bertimbang rasa *cough* aku tak nak lah menyusahkan sesiapa sepanjang aku belajar walaupun hakikatnya aku terpaksa jugak membayar 5100 dengan inche MARA.

Stop pasal masa yang dah berlalu. Yang dah lepas biar ianya disimpan sebagai kenangan dan pengalaman serta pengajaran. Cerita pasal masa sekarang.

Aku bukan penganggur harap maklum. Aku pekerja. Menunggu hujung bulan untuk mendapatkan gaji. Tapi tak bermakna aku sudah merasa duit sendiri aku berniat tak mahu study. Keinginan itu masih ada untuk bergelar seorang pelajar. Pelajar dalam bidang apa? .....

Memikirkan masa depan amat memeningkan apatah lagi masa sekarang hidup aku bergantung pada masa yang menentukan. Susahnya hidup tanpa matlamat. Aku tak tahu apa aku minat. Apa yang aku inginkan. Apa yang aku mahu. Susahnya buat pilihan.


Bila fikirkan pasal tu rasa nak ambik otak ni cuci dengan air zam zam biar bersih dari segala masalah. Baru ringan nak bawak ke mana-mana. Rupanya selama ni berat badan aku menaik mungkin disebabkan masalah yang makin memberat kat kepala ni. hmm...

I need some help. Kalaulah ada seseorang yang baik hati bagi pinjam telinga dia kat aku kan bagus.
Aku forever alone? Mungkin. Pakwe tak ada, suami lagilah takde *promote.. puiii*... Ada pakwe buat sakit hati buat mende ye dak? *tetiba*.


Aku rasa nak kawen je. Bila kawen dok umah je suami tanggung. Alahai senangnya hidup.  Kau ingat cari suami macam beli ikan kat pasar? *lari dari tajuk*


Stress!


Nak nangis. Tapi kalaulah menangis tu boleh menyelesaikan masalah lebih tujuh tempayan airmata aku sediakan. Aku tak mahu ceritakan pada mereka (kawan). Nanti takut mereka kata aku ni ada masalah baru cari mereka. hmm... berat.


Dah hampir pukul 1 pagi. Aku sekarang dah jarang updates blog. Kali ni aku updates sebab aku tak tahu nak cerita ke sape. Berat sangat kepala ni. Bila dah merapu tah haper haper rasa ringan sikit. Boleh lah kiranya pergi ke alam mimpi kejak lagi. Hah ni satu hal bila dah setiap kali tidur bermimpi aku tak pasti bila dejavu datang itu perkara dah pernah berlaku dalam realiti atau alam mimpi. Aku rasa tak lama lagi ke alam gila lah aku.


Pakwe alam mimpi dah panggil tu. Nanti ada masalah lagi aku sambung updates. Ahaks <-- *macam gedik*


26 Jul 2012

Happy Birthday !



25 Julai 1993 bersamaan 5 Safar 1414 Hijrah pada pukul 2.50 pagi 
terdengar sayup suara bayi yang seberat 3.8 kg telah selamat di lahirkan.
Suara pertama didengari olehnya iqamat dari bapanya sendirinya.


*19 tahun kemudian*



kini, 25 Julai 1993 bersamaan 5 Ramadan  1433 Hijrah
dia kini membesar menjadi seorang anak gadis remaja
tetapi perbezaannya kini pertama kali dalam hidupnya
dan hidup-hidup yang akan datang hari kelahirannya kini di sambut
tanpa kehadiran seorang insan bergelar Abah yang telah pergi untuk
selama-lamanya.

Di hari lahirnya maka genaplah setengah tahun pemergian ayahanda tercinta.
Pertama kali dalam hidupnya juga dia merasakan hari lahirnya kita tiada memberi apa-apa makna.
Dia tidak  mengharapkan ucapan, dia tidak inginkan hadiah, dan dia juga
tidak berharap akan mendapat kek yang selalu dia tunggu tunggukan
setiap kali hari lahirnya.

Kini yang ada dalam dirnya hanya kosong, dia hanya menganggap 25 Julai hanyalah hari biasa
hari biasa seperti hari hari lain yang dia lalui.
Mungkin kerana kehilangan ayahanda tercinta membuatkan dia berubah sebegitu
atau pun mungkin juga kerana faktor usia. Entahlah.


**************************


Alhamdulillah akhirnya genap umur aku 19. Terima kasih pada kawan-kawan yang wish befday melalui henfon, facebook dan twitter. Semoga anda semua juga di panjangkan umur. Pejam celik pejam celik dah dua tahun aku tingalkan zaman persekolahan, rasa macam semalam baru sambut befday kali ke 17 dengan mereka. RIndunya zaman itu. Sekarang semua dah bawak haluan masing-masing. Ada ke hulu, ada ke hilir, ada ke utara, ada juga ke selatan boleh di katakan merata-rata mereka merantau menimba ilmu. Kini nak sambut befday macam dulu entah boleh ke tidak.

Tinggal lagi setahun je untuk melangkah ke alam 20 an. Oh my God tahun depan dah 20? tuanyaaaaaa =( kalau boleh nak belasan selalu baru muda keremajaan kan? hihihi kalaulah boleh..

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon berjuta kemaafan kepada setiap insan yang telah aku lakukan kesilapan pada mereka, halalkan segala apa yang tengah aku guna, makan dan pinjam. Rasanya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat menyambut Ramdhan al-Mubarak, moga-moga di bulan yang penuh keberkatan ini kita dapat melakukan amalan yang berlipat kali ganda dan semoga bulan ni memberi rahmat dalam hidup kita. Amin =)


Happy Birthday Myself !




11 Jul 2012

Perpisahan. Kerinduan. Pertemuan.

Jika kehilangan aku membuatkan kau rindu berhenti mengenali. Jika kehadiranku dapat mengukirkan senyuman di bibirmu relakan pemergianku. Jika kau ikhlas menerimaku seadanya izinkan aku merobek segala kegembiraan di hatimu.

   Aku kejam?

*drop this subject*

Kehilangan. Pertemuan. Perpisahan. Pergantian. Lumrah kehidupan.

Setiap pertemuan sememangnya wujud perpisahan, perkara yang memang tidak boleh di nafikan.. Tapi perpisahan selalu membawa kerinduan, kerinduan yang bukan sekejap cuma, kerinduan itu akan selalu ada, akan selalu hidup dan akan selalu menyeksa jiwa.

Sakit. Rindu itu sakit. Rindu itu membunuh. Rindu itu tak akan pernah puas. Walaupun bertemuan berlaku namun rindu itu tetap akan ada kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan akan ada kerinduan. Rantaian yang tidak boleh di pisahkan.

Aku rindu.


25 Jun 2012

#1

PANG!!! Berdentum bunyi kaca mencuim ke lantai. Ketika itu aku tahu sebentar lagi telinga ini akan menerima satu letupan dari bom waktu yang acap kali di dengari.

“Bunyi apa yang....” belum sempat Makcik Mariam memhabiskan ayat tanyanya, dia terus menjerit.

 “ARGHHHH!!! Pinggan aku!! Ni mesti kerja kau kan? Memang pinggan ni aku beli nak suruh kau pecahkan, hah! Pecahlah lagi pecahlah!!”

“Maaf Puan, maaf. Saya tak sengaja”, aku tahu walaupun seribu kali sekalipun aku cuba merayu telinga ini tetap akan menjadi mangsa kepada tangannya. Sehingga aku rasa saiz kedua-dua belah telinga aku kini nampak perbezaan.

“Kalau aku tak ajar kau, nanti kau naik kepala. Semalam pasu bunga aku kau pecahkan, hari tu cawan aku retak. Kau memang sengaja nak habiskan harta benda aku kan? Dasar anak tak kenang budi. Huh! Kau dengan mak kau sama je, dua-dua suka mengkikis harta orang. Agaknya keturunan kau memang macam tu kan?”

 Ayat terakhir  itu umpama sembilu yang terus menusuk ke jantung. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Walaupun ayat itu selalu aku dengari namun hati ini tetap lemah menerima perhinaan sebegitu.

“Puan kalau marahkan saya, janganlah babitkan arwah Mak, dia dah tak ada. “, sambil menangis aku cuba mepertahankan arwah mak.

 'Seburuk mana pun orang menyangka tentang ibu, Umairah tahu ibu adalah manusia yang terbaik yang pernah Umairah jumpa', kata hatiku.

“Ah! Walaupun dia dah tak ada. Tapi kebusukan dia tetap terasa dengan adanya kehadiran kau kat sini. Kalau tak mengenangkan wasiat suami aku dah lama kau ni aku campak kat rumah anak-anak yatim, tahu menyusahkan orang je!”, selepas berkata begitu Makcik Mariam terus melepaskan tangannya yang dari tadi memulas telingaku.

Oh ya, kalau kau menangis sampai air mata darah sekali pun, pinggan tu tak akan bercantum semula. Lebih baik kau bersihkan sisa-sisa kaca tu sebelum aku ambil serpihan tu aku gores-gores kat muka kampung kau tu. Petang ni ada tetamu yang akan datang, pastikan rumah ni bersih. Faham?”, Makcik Mariam terus mengatur langkah ke ruang tamu.

Aku hanya mampu mengangguk lemah.




*******************


9 Mar 2012

Bila aku mula menaip.. ini AKU...

Aku  belajar.. aku mencari.. aku menilai.. dan aku memerhati.. kau pergi.. kau berlari.. kau meninggalkan.. kini aku sendiri.. ok tiada kaitan..


Dah lama kan ? dah sebulan mungkin.. opss lebih.. 40 hari ke atas.. aku tahu tiada siapa yang menunggu tiada siapa yang menanti dan tiada siapa yang hirau kalau aku dah lama tak up dates blog.. kannn?? .. ok stop! .. macam celaka pulak ayat ni..




semula boleh semula ?




kabare dunia blog  ??!! harap harap sakit-sakit sahaja.. tujuan saya menekan-nekan button keyboard ini adalah........ ah skema lah pulak.. fakingg!!!




  -----------------------------------------------------------------------








sebenarnya banyak benda nak cerita banyak perkara nak kongsi banyak kisah nak di taip.. tapi apakan daya nafsu malas mengatasi segalanya..




aku cuma mampu kata aku rindu.. sumpah aku rindu.. kalau di beri ratio rindu aku tu 5:5 hidup aku di penuhi rindu.. nampak tak betapa hyper nya rasa rindu aku tu?


bukan rindu pada pakwe apatah lagi bakal suami.. ini rindu raja segala rindu tahu?




semalam genap 44 hari Abah tinggalkan kami.. 




aku rindu nak jumpa dengan Mak.. aku rindu nak melawat Abah.. aku rindu nak jumpa budak budak kucing aku.. aku rindu tempat aku.. aku rindu nak tengok laut.. aku rindu semuanya yg aku tinggalkan dulu..




kini aku belajar bersabar, belajar bertabah, belajar memendam rasa rindu.. mungkin kau geli kau tak percaya kau pelik bila terbaca ini semua.. begitu juga aku.. ah!! fakingg nya ayat aku sekarang ni pasaii paa?? menyu lah ni.. sayur betei.. ok tiada kaitan lagi sekali.. sila abaikan..




dah dah stop drama petang-petang.. apa yg aku rasa, apa yg aku fikir dan apa yg aku bicara dalam hati buat apa untuk aku kongsi dgn yg lain?.. umpama aku menjaja kisah peribadi.. hidup yg tiada privacy.. ok itu bukan aku.. 




ah aku nak aktif blog semula... makin lama aku tinggalkan makin celake ayat yg aku luahkan.. dah lah hotsentap lah cengini.. *tetiba..




------------------------------------------------------------------








Aku nak balik RUMAH!!!!!








konklusinya di sini sila jangan tinggalkan blog terlalu lama.. ayat serupa kura-kura berkawan dengan labi-labi..

21 Jan 2012

Letak tajuk sendiri #3

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ! .. pehh kalau Dto' Najib baca ni mesti dok kembang hidung bajet salam 1 Malaysia dia glemer lettew..
ohh sori sori tah haper haper lah, biasalah lama tak updates kan ayat dah serupa bajet eksaited gila dah ni ..
semula boleh ?

Hai everybody ? wassup wassup ? errr =_______='

Aku dah lama gila tak updates blog, rindu gila babeng tahu? facebook ngan twitter tok sah kata lah, bukan setakat babeng dah tahap dewa rindu ni..

Dah seminggu . pehh seminggu beb ! rasa cam tak caya aku boleh tak ngonline selama seminggu pehh pehh pehh dan semestinya aku tengah kembang hidung sekarang.. kah kah kah ! oh aku lama dah tak gelak celake serupa gitu.. rindu :'(

Dan paling babeng bila henfon pun aku tak guna selama seminggu sebab tertinggal kat dalam kete, faking ! faking ! apa pun tak boleh tahu?

power betei tahu bagi siapa yang tidak mengonline facebok dan dalam masa yang sama tak menggunakna henfon , pehh kau hebat Wa kau hebat ! *All is well (tetiba)

Aku rindu pada seseorang, tapi tak tahu pada siapa. Aku sedih tapi aku tak tahu kenapa . Pesen suka bersedih dan rindu membabi buta memang begitu. Oh oh hampa aku dah err err err tahap ke 10 mungkin .. banyak tahu yang aku hampa, apa pun tak boleh kan?

Aku nak balik Tioman.. sobs sobs sobs :'( .. ok tak sedih dan ok tipu ..



dah lah tu je nak cite, aku tak makan nasik lagi ni dan aku saja nak kasitahu tu, bye ..

*post ini di updates seminggu sebelum di post

7 Jan 2012

Letak tajuk sendiri #2

Indah sinar sang suria merdu irama sang bayu.. Ini tidak adil tidak adil bagiku .. ok tiada kaitan.

Aku kat kuatan sekarang dan aku tak tahu kenapa perlu untuk aku kasi tahu, Abah masih tiada perubahaan #hampa, kalau ikutkan ini hampa aku tahap ke tujuh, korang boleh nampak kan? betapa aku ni selalu berasa hampa . Macam hampa dan aku seperti oksigen dan karbon dioksida .. Aku ke kiri dia ke kiri aku ke kanan dia ke kanan. APTB .. *annoying gila guna APTB haram jadah tuh pfftt !*

Aku terasa nak updates blog sebab aku jeles *alasan tak kukuh langsung* lagipun lepas ni teman akan jarang ngupdates bukan setakat blog, fesbuk dan twiiter juga, dan sekarang gua dah pesara dari jadi pengupdates status .. sobs sobs sobs.. ok tak sedih.

Ni gua nak kabor sejak gua dah jarang online 24/7 kemain diorang sombong dengan gua, ok gua sedih ni gua sedih mohon pujuk .. teheeee..

oh by the way hari ni befday kawan aku, Hepi Befday Fren ! Hope You Happy Olwez ! Miss You dah 5 tahun tak jumpa kau kan ? teheee..

*tehee teheee kau ingat comel? pfftt..



kawan kawan fesbuk dan twitter mohon rindu saya heuw heuw heuw







Aku akan rindu kan pakwe sejak sekolah rendah :'(

Aku akan rindukan Mak dan Abah

Aku akan rindukan rumah, fesbuk dan twitter

dan Aku akan rindukan Kapten F !

siapakah Aku ? ok ini bukan pertandingan teka dan menang




Persoalannya sekarang siapa Kapten F ?

yang pasti aku suka dia..






A akan merindui B : kalau boleh pisahkan diri ni aku nak bagi 3 bahagian, 1 kat Mak ngan Abah, 1 kat umah dan 1 kat kampus .

A suka B : untuk awak, saya tahu saya bukan siapa siapa jika di bandingkan dengan awak yang pasti menganggap saya entah siapa siapa, tapi saya nak kabor SAYA SUKA AWAK Kapten F ! .. pehh first time luah perasaan kat blog, kapten F sila bangga teheee....

#aku rasa macam updates blog sambil hirup secawan kopi campur cuka je rasa, jilake betol !

4 Jan 2012

Aku tak Bersedialah..


Hari ni last aku dok ghumah .. sobs sobs sobs .. ok tak sedih pun eksaited gila tahu? ok tipu.

Lepas ni tak dapat lah teman nak ngadap fesbuk ngan twitterjaya sampai angka 3 pagi, tak dapatlah teman nak bergurau senda dan mengupstatus yang tah haper haper..
teman tahu kome nanti rindu ke teman, rindu nak baca status teman rindu nak usik usik, alah teman tahu dah..

ok tu je teman nak bagitahu..

A ketuk kepala B : aku takde mood nak updates blog sebenarnya..

Letak tajuk sendiri #1

Semalam konon nak kemas baju tapi tak kemas kemas jugak. Pffftttt..

Hari ni aku masak ayam masak kicap .. dah lah comel pandai masak pulak tu untung betul siapa yang dapat.. heuw heuw heuw..

Sebenarnya nak kasi tahu ni baju kurung aku dua pasang tak siap, tapi takpe aku tak kesah, aku faham sebab apa tak siap, betul aku tak kesah *kesat hingus*..

ok tu je nak cite..

A pinjam bahu B : aku malas nak kemas baju sebenarnya.. kan best kalau ada bibik..

3 Jan 2012

hari ini dan blog..

Aku malas bosan baju tak kemas lagi, kalau ada bibik mesti aku boleh dah kata gini "Bik! tolong kemas baju" .. tapi tu semua angan-angan mat jenin je..

Kejak lagilah gua kemas..

Nak updates blog lu, ini dah masuk post ke tiga untuk hari ni..  eksaited tak eksaited jugak lah.. semangat awal tahun kut..

Cakap pasal awal tahun, aku lupa yang azam aku tahun ni berhenti makan kicap tapi masalahnya sekarang aku baru ingat azam tu.. dah dua hari berlalu maknanya dah dua hari aku makan kicap dah tu azam ni nak batal ke guana? rasa tak sedak lah pulak awal-awal dah mungkiri azam.. aku memang dah agak azam itu umpama diet tak pernah berhasil dalam hidup aku..


Blog..

ok aku suka tukar topik membabi buta..

Blog aku memang simple gila, simple itu stylo tahu?

Aku tak kesah pun kalau tak ada orang nak baca apa tah lagi nak follow blog aku, betul aku tak kesah itu semua, tak kesah pun *kesat air mata* .. lagi pun aku buat blog ni bukan nak publisiti mahupun popularity, kalau aku nak dah lama aku letak cerita tentang isu semasa, cerita tentang Adam Adli, ataupun Rosmah  Mansor cucuk botox lagi misalnya.. tapi tak.. tak ada langsung aku cerita benda tu semua.. sebab aku rasa cerita cerita tu semua tak penting pun dapat hidup aku..

Aku pun tak kesah kalau tak ada orang nak follow aku sebab aku tak follow mana mana blog pun kecuali blog ini dan ini itu sahaja..

Blog aku tak ada kotak kotak chat tu semua, takde bilangan follow sebab aku tak rasa orang nak singgah blog aku apatah lagi nak tinggalkan jejak je dak? button like pun aku dah buang sebab aku rasa buat malu je kalau tak ada orang nak baca jadi siapa nak like.. tak kan aku baca aku nak like sendiri, tak sedar diri ke apa macam tu?

Itu sahaja..kbaii

A bisik ke B : aku bosan sebenarnya

Kepada yang berkenaan

Aku tak tahu bila aku mula perasan akan kewujudan kau..

Mungkin sejak Harimau Malaya mula femes dari situ ianya bermula..

Sejujurnya aku tak tahu bila perasaan ini muncul, dan aku betul betul sukakan kau..

Tapi aku tak tahu kenapa, kenapa kau.. sedangkan kita tak pernah berjumpa..

Dan aku berharap rasa ini cepat berlalu pergi umpama hujan pada bulan julai..

Sebab aku tahu aku bukan siapa siapa jika di bandingkan dengan kau yang entah siap siapa

Dan bagi aku itu sangat pelik..

Selain suka bersedih membabi buta aku juga cenderung untuk menyukai orang membabi buta..

Adakah perasaan membabi buta dan aku tidak boleh di pisah kan?

ok itu sahaja..

Today : Kucewa

Aku masak sardin je hari ni. Rindu nak belajar kemahiran hidup. ok takde kaitan.

Dari pagi tadi kucewa aku dah tahap dewa.

Pagi ni aku hampa dah tahap ke enam

Kenapa mesti hari ni?

ok stop!

Chelsea menang 2-1, Arsenal kalah 2-1 . Ok ada kaitan.

Tangisan dalam kegembiraan

ok itu saja aku nak post

Azam 3/1/12 : taip post tak sampai setengah jam, ok azam aku hari ni tercapai .. Good job !