11 Jul 2012

Perpisahan. Kerinduan. Pertemuan.

Jika kehilangan aku membuatkan kau rindu berhenti mengenali. Jika kehadiranku dapat mengukirkan senyuman di bibirmu relakan pemergianku. Jika kau ikhlas menerimaku seadanya izinkan aku merobek segala kegembiraan di hatimu.

   Aku kejam?

*drop this subject*

Kehilangan. Pertemuan. Perpisahan. Pergantian. Lumrah kehidupan.

Setiap pertemuan sememangnya wujud perpisahan, perkara yang memang tidak boleh di nafikan.. Tapi perpisahan selalu membawa kerinduan, kerinduan yang bukan sekejap cuma, kerinduan itu akan selalu ada, akan selalu hidup dan akan selalu menyeksa jiwa.

Sakit. Rindu itu sakit. Rindu itu membunuh. Rindu itu tak akan pernah puas. Walaupun bertemuan berlaku namun rindu itu tetap akan ada kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan akan ada kerinduan. Rantaian yang tidak boleh di pisahkan.

Aku rindu.


1 comment:

  1. jom tgk koleksi baju raya di sini:

    http://norliza989.blogspot.com/2012/07/baju-kurung-moden-enigma-new-design.html

    ReplyDelete