12 Aug 2012

Raya datang lagi =')



Salam,

Hari ni  hari ahad bersamaan 23 Ramadhan, maknanya dah 23 hari puasa. Pejam celik pejam celik lagi ENAM hari nak raya. Acane persiapan korang? Meriah? baguslah. Kemeriahkan hari raya makin lama makin suram. Dulu bila bulan puasa eksaited sangat. Masa puasalah boleh makan macam-macam, nak apa je mesti dapat. Tapi sekarang makan apa yang ada je. Nak dekat raya semangat nak buat macam-macam biskut raya. Tapi sekarang biskut raya pakai tunjuk je. Tahun lepas adalah buat jugak tapi tahun ni langsung tak ada.


Tahun sebelum ni ada Abah tolong buat ketupat, tugas kami masuk pulut dalam ketupat. Dulu pernahlah Abah ajar, pakarlah jugak lepas tu dah boleh buat ketupat sendiri tapi masuk raya tahun depan terus lupa. Hahaha.. Dah lama tak main bunga api. Pelita dulu pernah pasang depan rumah. Pasang lampu kelip=kelip. Tapi sekarang pelita tu dijadikan khazah kat bangsal je. Dah berapa tahun tak guna. Suram kan? Lampu kelip-kelip pun dah tak ada sebab dulu Abah je yang semangat pasang, tapi bila dah tak ada orang lelaki kat rumah siapa yang boleh di harapkan? Aku? *sengih*


Tapi yang tak berubahnya baju raya pasti ada. Dua pasang. Kalau tak sepasang je, satu lagi guna duit sendiri beli. Satu lagi sedondon kami tiga beradik perempuan sebab nak pakai masa tunang Along raya ketiga nanti.  Tiga helaibersamaan RM180 selepas tawar menawar. Kasut raya pun guna duit sendiri, beg raya pun ada =) tapi guna duit sendiri jugak. Untungkan ada duit sendiri?


Tahun ni first time raya tanpa Abah, and first time raya aidilfitri tak raya kat Tioman. Kali ni raya kat luar dari Pulau Tioman, sebab kubur Abah bukan kat Tioman. First day raya ziarah kubur Abah =') . Sebab tu sambutan tahun ni macam suram, tak eksaited macam tahun dulu-dulu. Kalau dulu, ingat lagi masa Abah ada time raya Abah ada isi duit dalam angpau, suruh kami adik beradik termasuk Mak pilih. Kat dalam angpau tu ada duit 100, 50, 10, 5 dan seringgit. Nasib lah siapa dapat 100 atau seringgit. Masa tu angah dengan adik dapat 100 dan 50, Mak dapat seringgit. Hahaha, aku? 5 ringgit je. Sobs Sobs Sobs.. Tahun ni entah ada ke tak duit raya, yelah semua dah besar-besar.


Tahun ni raya rumah sedara je, sorry kekawan tak dapat korang raya rumah aku :) . Next year lah, insya'Allah.. Tapi kesian pulak kucing kat rumah, dah lah seminggu kena tinggal. Tak dapat beraya dengan tuan pulak tu. Mohon bertabah ye . hihihi..


Tahun ni tak ada siapa nak bagi kad raya kat kita ke? Tak dapat kad raya dapat duit raya pun boleh.. Teheee =D . 


Tapi raya tahun ni memang tak rasa apa-apa. Tak eksaited, macam hari hari biasa. Tahun ni angah tak balik raya lagi. Tak berkesempatan lagi nak raya dengan kakak ipar. Next years mesti dah bertiga. Susahnya kerja jadi nurse *tetiba*


Pada kawan kawan perempuan lelaki, senior junior  SKT, SMKT, SMKPJ dan UniKL RCMP saya ingin mengucapkan SELAMAT MENIKMATI BULAN RAMADAN yang tinggal kurang dari seminggu, sama-sama lah kita memperbanyakkan amal ibadah dan mengejar malam lailatul qadar. Semoga ramadan kali ini memberi sejuta keberkatan pada kita semua. Di samping itu saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI, segala salah dan silap dari sejak pertama kali berkenalan hingga kini mohon di ampunkan. Manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan sebab tu kita diwajibkan memohon maaf.


Tak lupa jugak pada abang-abang, akak-akak dan adik-adik di facebook, twitter, tagged, foursquare, formspring, follower blog and instagram *amboii banyak kemain*, dan semua friend di laman sosial SeLAMAT HARI RAYA! =)




Tiada kata seindah mutiara, hanya memohon seribu kemaafan, agar hubungan persaudaraan ini terus berkekalan - Nasuha Mohammad

11 Aug 2012

#1 KKSM



"Fi kau tengok mamat tu pehh kemain smart segak bergaya siot", puji Ain sambil mata terus menikmati wajah anugerah dari Maha Esa. "Ah kau ni In pantang tengok mamat handsome sikit mata tu kalau boleh nak terkeluar, agak-agaklah makcik oiii malu ke orang yang nengoknya hang tu dah lah anak dara, tak sopan tahu?", tanpa mempedulikan akan kewujudan lelaki yang dikatakan handsome aku terus mengatur langkah untuk ke dewan kuliah. Ain terus membontoti aku setelah rezeki matanya hilang dari pandangan.

"Ala Fi mamat tu memang handsome lah, first time aku nampak sejak kita masuk ni nak kata sama batch dengan kita waktu orientasi tu tak nampaklah pulak, kau kan tahu mata aku ni pakar dalam mencari wajah wajah yang bak kata orang sejuk mata memandang. Mungkin dia senior kita kut". "Mungkin", jawab aku sepatah. "Kau rasa dia ambil course apa ek?". "Entahlah Ain, aku ni bukan dah dua tiga tahunstudy sini, baru seminggu. Lagipun kau nampak kat dahi ni ada tertulis kaunter pertanyan ke?", sebenarnya aku malas melayan persoalan yang tak berapa cerdik, selama enam tahun dia mengenali aku tentu dia tahu segala hal perkembangan berkaitan manusia aku bukanlah sumber terbaik yang boleh di gunakan. "Fiiiii..... marah pulak. Aku tanya jelah. Kau ni..",rajuk Ain. "Bukan aku marah tapi yelah kau tanya kat salah tempat, kau kan tahu aku macam mana? Sedangkan classmate kita pun aku tak kenal ini kan orang luar, dah lah lupa jelah mamat tu nanti bila kau nampak mamat handsome yang lain mulalah lupa ke mamat yang tadi", selama aku mengenali Ain aku terlalu masak dengan perangainya yang cepat jatuh suka bila melihat lelaki yang perwatakkan menarik. Namun sampai sekarang hatinya belum terbuka untuk bercinta. Prinsipnya mudah, 'suka boleh jadi duka, tapi cinta aku akan kekal hingga hujung nyawa'. Entah kenapa dia berprinsip macam tu pun aku malas nak bertanya.

"Tapi Fi aku rasa lain macam lah masa pandang dia, aku rasa aku dah terkena cinta pandang pertama!", terhenti langkah aku. "Kau ni In stop mengarut boleh tak? Suka dengan cinta pun kau tak boleh nak bezakan?". "Aku serius ni Fi, aku rasa aku dah tangkap cintan ngan mamat tu, kau tengok lah suatu hari nanti aku akan jadikan dia balak aku. Kau tengoklah nanti", dengan pernah keazaman dia berkata. "Engkau ni Ain kadang-kadang menakutkan jugak", perbualan kami berhenti setelah memasuki dewan kuliah.



*******************************



Tapi siapa sangka perbualan yang di anggap gurauan semata-mata memberi perubahan ketara dalam hidup kami berdua.


8 Aug 2012

Need Some Help.



Cuti ke?.. Taklah dah berhenti.. Berhenti? Kenapa? Berhenti sebab....

Yup! Aku dah berHENTI study. Aku bukan lagi student nurse. Bukan lagi pelajar UniKL RCMP. Aku bukan lagi belajar di Perak. Aku bukan lagi di sana. Aku sekarang menetap di rumah. Duduk dengan Mak dan dah bekerja pun.

Jika di tanya sebab apa aku berhenti sejujurnya aku tiada alasan yang tepat untuk itu. Aku tak tahu kenapa yang pasti hati aku bukan kat sana lagi. Aku tak menyesal dengan keputusan yang telah aku buat dan aku juga tak menyesal pernah study di sana. Kalau boleh memang aku nak ke sana tapi bukan sebagai pelajar UniKL RCMP. Serik? NO. Best? Yes! Kat sana aku punya kawan yang best. Jadi student nurse pun best tapi sayang jadi student nurse dibawah RCMP itu yang tak best. Kenapa? Ha Ha Ha saja yang mampu aku katakan :)

Alasan yang selalu aku berikan bila ada yang menanyakan sebab aku berhenti pasti aku jawab sebab mahal. Yup memang mahal bagi aku tapi aku tahu sebenarnya family aku mampu untuk membayarkannya. Tapi sebagai anak dan adik yang bertimbang rasa *cough* aku tak nak lah menyusahkan sesiapa sepanjang aku belajar walaupun hakikatnya aku terpaksa jugak membayar 5100 dengan inche MARA.

Stop pasal masa yang dah berlalu. Yang dah lepas biar ianya disimpan sebagai kenangan dan pengalaman serta pengajaran. Cerita pasal masa sekarang.

Aku bukan penganggur harap maklum. Aku pekerja. Menunggu hujung bulan untuk mendapatkan gaji. Tapi tak bermakna aku sudah merasa duit sendiri aku berniat tak mahu study. Keinginan itu masih ada untuk bergelar seorang pelajar. Pelajar dalam bidang apa? .....

Memikirkan masa depan amat memeningkan apatah lagi masa sekarang hidup aku bergantung pada masa yang menentukan. Susahnya hidup tanpa matlamat. Aku tak tahu apa aku minat. Apa yang aku inginkan. Apa yang aku mahu. Susahnya buat pilihan.


Bila fikirkan pasal tu rasa nak ambik otak ni cuci dengan air zam zam biar bersih dari segala masalah. Baru ringan nak bawak ke mana-mana. Rupanya selama ni berat badan aku menaik mungkin disebabkan masalah yang makin memberat kat kepala ni. hmm...

I need some help. Kalaulah ada seseorang yang baik hati bagi pinjam telinga dia kat aku kan bagus.
Aku forever alone? Mungkin. Pakwe tak ada, suami lagilah takde *promote.. puiii*... Ada pakwe buat sakit hati buat mende ye dak? *tetiba*.


Aku rasa nak kawen je. Bila kawen dok umah je suami tanggung. Alahai senangnya hidup.  Kau ingat cari suami macam beli ikan kat pasar? *lari dari tajuk*


Stress!


Nak nangis. Tapi kalaulah menangis tu boleh menyelesaikan masalah lebih tujuh tempayan airmata aku sediakan. Aku tak mahu ceritakan pada mereka (kawan). Nanti takut mereka kata aku ni ada masalah baru cari mereka. hmm... berat.


Dah hampir pukul 1 pagi. Aku sekarang dah jarang updates blog. Kali ni aku updates sebab aku tak tahu nak cerita ke sape. Berat sangat kepala ni. Bila dah merapu tah haper haper rasa ringan sikit. Boleh lah kiranya pergi ke alam mimpi kejak lagi. Hah ni satu hal bila dah setiap kali tidur bermimpi aku tak pasti bila dejavu datang itu perkara dah pernah berlaku dalam realiti atau alam mimpi. Aku rasa tak lama lagi ke alam gila lah aku.


Pakwe alam mimpi dah panggil tu. Nanti ada masalah lagi aku sambung updates. Ahaks <-- *macam gedik*