12 Aug 2012

Raya datang lagi =')



Salam,

Hari ni  hari ahad bersamaan 23 Ramadhan, maknanya dah 23 hari puasa. Pejam celik pejam celik lagi ENAM hari nak raya. Acane persiapan korang? Meriah? baguslah. Kemeriahkan hari raya makin lama makin suram. Dulu bila bulan puasa eksaited sangat. Masa puasalah boleh makan macam-macam, nak apa je mesti dapat. Tapi sekarang makan apa yang ada je. Nak dekat raya semangat nak buat macam-macam biskut raya. Tapi sekarang biskut raya pakai tunjuk je. Tahun lepas adalah buat jugak tapi tahun ni langsung tak ada.


Tahun sebelum ni ada Abah tolong buat ketupat, tugas kami masuk pulut dalam ketupat. Dulu pernahlah Abah ajar, pakarlah jugak lepas tu dah boleh buat ketupat sendiri tapi masuk raya tahun depan terus lupa. Hahaha.. Dah lama tak main bunga api. Pelita dulu pernah pasang depan rumah. Pasang lampu kelip=kelip. Tapi sekarang pelita tu dijadikan khazah kat bangsal je. Dah berapa tahun tak guna. Suram kan? Lampu kelip-kelip pun dah tak ada sebab dulu Abah je yang semangat pasang, tapi bila dah tak ada orang lelaki kat rumah siapa yang boleh di harapkan? Aku? *sengih*


Tapi yang tak berubahnya baju raya pasti ada. Dua pasang. Kalau tak sepasang je, satu lagi guna duit sendiri beli. Satu lagi sedondon kami tiga beradik perempuan sebab nak pakai masa tunang Along raya ketiga nanti.  Tiga helaibersamaan RM180 selepas tawar menawar. Kasut raya pun guna duit sendiri, beg raya pun ada =) tapi guna duit sendiri jugak. Untungkan ada duit sendiri?


Tahun ni first time raya tanpa Abah, and first time raya aidilfitri tak raya kat Tioman. Kali ni raya kat luar dari Pulau Tioman, sebab kubur Abah bukan kat Tioman. First day raya ziarah kubur Abah =') . Sebab tu sambutan tahun ni macam suram, tak eksaited macam tahun dulu-dulu. Kalau dulu, ingat lagi masa Abah ada time raya Abah ada isi duit dalam angpau, suruh kami adik beradik termasuk Mak pilih. Kat dalam angpau tu ada duit 100, 50, 10, 5 dan seringgit. Nasib lah siapa dapat 100 atau seringgit. Masa tu angah dengan adik dapat 100 dan 50, Mak dapat seringgit. Hahaha, aku? 5 ringgit je. Sobs Sobs Sobs.. Tahun ni entah ada ke tak duit raya, yelah semua dah besar-besar.


Tahun ni raya rumah sedara je, sorry kekawan tak dapat korang raya rumah aku :) . Next year lah, insya'Allah.. Tapi kesian pulak kucing kat rumah, dah lah seminggu kena tinggal. Tak dapat beraya dengan tuan pulak tu. Mohon bertabah ye . hihihi..


Tahun ni tak ada siapa nak bagi kad raya kat kita ke? Tak dapat kad raya dapat duit raya pun boleh.. Teheee =D . 


Tapi raya tahun ni memang tak rasa apa-apa. Tak eksaited, macam hari hari biasa. Tahun ni angah tak balik raya lagi. Tak berkesempatan lagi nak raya dengan kakak ipar. Next years mesti dah bertiga. Susahnya kerja jadi nurse *tetiba*


Pada kawan kawan perempuan lelaki, senior junior  SKT, SMKT, SMKPJ dan UniKL RCMP saya ingin mengucapkan SELAMAT MENIKMATI BULAN RAMADAN yang tinggal kurang dari seminggu, sama-sama lah kita memperbanyakkan amal ibadah dan mengejar malam lailatul qadar. Semoga ramadan kali ini memberi sejuta keberkatan pada kita semua. Di samping itu saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ADILFITRI, segala salah dan silap dari sejak pertama kali berkenalan hingga kini mohon di ampunkan. Manusia memang tak lari dari melakukan kesilapan sebab tu kita diwajibkan memohon maaf.


Tak lupa jugak pada abang-abang, akak-akak dan adik-adik di facebook, twitter, tagged, foursquare, formspring, follower blog and instagram *amboii banyak kemain*, dan semua friend di laman sosial SeLAMAT HARI RAYA! =)




Tiada kata seindah mutiara, hanya memohon seribu kemaafan, agar hubungan persaudaraan ini terus berkekalan - Nasuha Mohammad

No comments:

Post a Comment