25 Jun 2012

#1

PANG!!! Berdentum bunyi kaca mencuim ke lantai. Ketika itu aku tahu sebentar lagi telinga ini akan menerima satu letupan dari bom waktu yang acap kali di dengari.

“Bunyi apa yang....” belum sempat Makcik Mariam memhabiskan ayat tanyanya, dia terus menjerit.

 “ARGHHHH!!! Pinggan aku!! Ni mesti kerja kau kan? Memang pinggan ni aku beli nak suruh kau pecahkan, hah! Pecahlah lagi pecahlah!!”

“Maaf Puan, maaf. Saya tak sengaja”, aku tahu walaupun seribu kali sekalipun aku cuba merayu telinga ini tetap akan menjadi mangsa kepada tangannya. Sehingga aku rasa saiz kedua-dua belah telinga aku kini nampak perbezaan.

“Kalau aku tak ajar kau, nanti kau naik kepala. Semalam pasu bunga aku kau pecahkan, hari tu cawan aku retak. Kau memang sengaja nak habiskan harta benda aku kan? Dasar anak tak kenang budi. Huh! Kau dengan mak kau sama je, dua-dua suka mengkikis harta orang. Agaknya keturunan kau memang macam tu kan?”

 Ayat terakhir  itu umpama sembilu yang terus menusuk ke jantung. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Walaupun ayat itu selalu aku dengari namun hati ini tetap lemah menerima perhinaan sebegitu.

“Puan kalau marahkan saya, janganlah babitkan arwah Mak, dia dah tak ada. “, sambil menangis aku cuba mepertahankan arwah mak.

 'Seburuk mana pun orang menyangka tentang ibu, Umairah tahu ibu adalah manusia yang terbaik yang pernah Umairah jumpa', kata hatiku.

“Ah! Walaupun dia dah tak ada. Tapi kebusukan dia tetap terasa dengan adanya kehadiran kau kat sini. Kalau tak mengenangkan wasiat suami aku dah lama kau ni aku campak kat rumah anak-anak yatim, tahu menyusahkan orang je!”, selepas berkata begitu Makcik Mariam terus melepaskan tangannya yang dari tadi memulas telingaku.

Oh ya, kalau kau menangis sampai air mata darah sekali pun, pinggan tu tak akan bercantum semula. Lebih baik kau bersihkan sisa-sisa kaca tu sebelum aku ambil serpihan tu aku gores-gores kat muka kampung kau tu. Petang ni ada tetamu yang akan datang, pastikan rumah ni bersih. Faham?”, Makcik Mariam terus mengatur langkah ke ruang tamu.

Aku hanya mampu mengangguk lemah.




*******************