31 Dec 2011

History : GoodBye 2011 :')

*mulakan pembacaan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim :) *

Ni entry terakhir untuk tahun 2011, esok dah 2012 kan? .. pejam celik pejam celik 2011 dah nak melabuhkan tirai, aku dah nak masuk umur 20 19, dah boleh kahwin, jadi isteri yang solehah, jadi mak-mak eh eh? ... heee



Alhamdullilah Allah masih bagi aku peluang untuk hidup di dunia ini, masih bagi aku peluang untuk berbakti kepada ibubapa, masih lagi bagi aku peluang untuk berubah dan masih bagi aku peluang untuk melakukan kebaikan..

2011 banyak dugaan yang seperti tiada pasang surut yang tak pernah kena erti penat lelah, masih datang biarpun tanpa di undang dan alhamdulillah aku masih ada disini masih tabah dan sabar menghadapi segala ujian walaupun kadang-kadang aku lemah dan rebah dengan masalah yang mendatang, tapi aku bersyukur masih punya keluarga dan kawan-kawan yang selalu ada disaat aku perlukan diorang ..

Tapi dugaan paling besar yang aku alami pada tahun 2011 bila ayah aku orang yang dulunya kuat bekerja, sihat, selalu ada dengan kami kini terkaku di atas katil tanpa ada sebarang respon..' rindu Abah yang dulu' ayat itu selalu aku katakan sebab aku betul-betul rindu ayah aku yang dulu.. selama 18 tahun aku ada dalam dunia ni, selama ni aku rasa Mak aku adalah wanita paling tabah yang pernah aku jumpa tapi sejak Abah sakit, beberapa kali aku tengok Mak aku macam orang yang berputus asa.. Mak ada cakap kat kami, kalau kitaorang sedih dia lagi sedih sebab tu selama ni aku cuba jadi kuat untuk Mak aku..

Lepas ni aku tahu 2011 adalah kali terakhir kitaorang seperti dulu, lepas ni keluarga aku tak akan kembali macam dulu, dah sebulan Mak ngan Abah dah tak duduk kat umah ni, rindu sangat kat diaorang ..

Macam mana pun 2012 aku cuba menjadi seorang hamba Allah yang tabah dan sentiasa redha menghadapi segala ujian, menjadi seorang anak yang sentiasa mendoakan dan membanggakan kedua orang tuanya, dan menjadi seorang pelajar yang sentiasa fokus pada pelajaran.

Sekarang aku dah tak boleh asyik bergantung dengan orang lain, dah tak boleh jadi orang lemah , orang yang selalu di pergunakan, orang yang terlalu naif, aku mesti berani untuk mengatakan 'tidak' pada sesuatu perkara yang salah dan 'ya' pada kebenaran


Pada kawan-kawan aku, TERIMA KASIH sebab masih jadi kawan aku, dan masih ada di saat aku perlukan korang! .. sumpah aku RINDU kat korang ! .. rindu nak gelak-gelak, bercerita, kongsi makanan.. oh sumpah rindu !



aku tahu aku bukan kawan yang terbaik yang pernah korang ada, tapi aku cuba menjadi kawan yang selalu ada untuk korang.. 


Aku tahu selama ni aku banyak buat salah, melukakan hati, berkasar bahasa, bersikap sombong, pentingkan diri tapi aku harap mulai esok aku akan cuba menjadi seorang yang berhati-hati bila berkata-kata, menjaga hati semua orang, dan tak akan sombong, insya'Allah.. aku tak janji tapi aku cuba untuk jadi macam tu..

Hari ni aku ada wallpost kat fesbuk korang kan? kata rindu.. yup memang aku rindu.. RINDU gila.. aku harap aku sempat nak jumpa ngan korang . amin..


Sentiasa mengingati-Nya.. Jadilah seorang yang tabah, jangan hanya bergantung pada orang lain.. Perbaiki diri sendiri, redha dengan setiap dugaan dan cuba menjaga hati semua orang.. nescaya kau akan bahagia..




Laugh when you can, apologize when you should, and let go of what you can't change. Kiss slowly, play hard, forgive quickly, take chances, give everything and have no regrets. Life's too short to be anything but happy. Happy New Years - Aleesya Sofia
#Every new day is another chance to change your life.




25 Dec 2011

Recovery blog.

Hai si hensem dan si kacak . Mohon rindu saya.

Hari ni salji kemain lebat turun tak larat rasanya nak main bola salji dengan kucing tadi. Hebat betul diaorang baling serupa pemain profesional. Aku kalah. Tapi sambil main tu sempatlah aku snap picture diaorang. Kemain comel kucing-kucing aku main salji. Tengoklah kat bawah ni :

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l







eh ? eh ? mana gambar kucing aku? ish! laptop ni dan-dan je nak tingtong emm lantaklah gajah pun gajahlahh...


----------------------------------------------------------



ok dah habis inroduction kita terus ke isi boleh?



Sebenarnya kat sini aku bukan nak cerita pasal riang ria hari krimas, aku cuma nak kasitahu blog aku telah di ubahsuai tadi..nampak tak header tu? masih bau kedai lagi kan?.. aku tukar sebab header lama kat bawah ni serupa setan  budak pramatang.




tajuk pun guwa sudah kasi tukar maa.. dari Hismyrealfan natang mende tu ke 'Bukan Boneka' .. simple is oh oh ohhsemmm..


and and and nampak tak kat atas belah kanan? tak payah pandang pun korang boleh dengar . kalau tak suka korang pauselah sendiri aku tak rajin nak pausekan untuk korang..kbaii







A to the Z : Tak payah nak berharap sangat uncle santa datang tahun ni lebih-lebih lagi kat Malaysia, rumah tak ada serombong asap ada hati nak suruh orang tua tu datang.. pftttt...


7 Dec 2011

Fantasy : About Love



Orang kata cinta itu tak mengenal usia
Cinta juga tak mengenal paras rupa dan harta benda

Tetapi cinta juga tak semesti nya bersama



tapi.....
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.

Cinta juga memerlukan pengorbanan



Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.-Aleesya Sofia
 
 TikTokTikTok : sesungguhnya aku tak pandai berbicara soal cinta...pfffff

2 Dec 2011

Reality : Masalah

Setiap orang mesti ada masalah yang tersendiri.. Tipulah kalau takde..tak baik tipu, tipu dosa mati seksa masuk neraka padan muka..eh?...masalah ni kita tak cari pun ia akan terhegeh-hegeh datang ke kita.. Orang miskin ada masalah tak cukup duit, orang kaya ada masalah nak jaga duit, orang sihat ada masalah tentang kerja, orang sakit ada masalah tentang sakit, budak-budak ada masalah tentang pelajaran, orang dewasa ada masalah nak cari nafkah untuk anak-anak pendek cite semua orang ada masalah.. orang gila pun ada masalah tahu?? tak caya ce try tanya..

Setiap masalah tu ada penyelesaiannya, cuma bezanya cepat atau lambat je.. Bagi aku masalah aku sekarang cuma satu yang bebulan tak selesai-selesai lagi... Padahal benda simple je dapatkan surat pengesahan simple kan?? tapi aku saja nak lambat cari jalan penyelesaian tu sebab kalau dah siap awal-awal kang hidup aku bosan takde masalah..eh?? ok aku tipu...kalau di ikutkan memang banyak masalah tapi kita ambil peduli dengan tak je... ok lah dah takde idea nak taip apa-apa lagi maybe sebab baru kena marah ngan brader kat fesbuk tadi kut...sobs sobs....... bersambung.....

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

30 Nov 2011

History : November ! Bubye :')

[november rain]


Entry terakhir sebelum november melabuh kan tirai... 

  November ni  bagi  gua  bulan  yang  penuh  dugaan dan  cabaran...  Banyak jugak  airmata yang gua simpan selama ni jatuh pada bulan november, bukan airmata putus cinta tahu... Kejadah mende gua nak menangis sebab cinta.. Lagipun gua dah lama tak bercinta kut... eh termengaban pulak..

  Kekadang gua rasa cepatlah masuk bulan disember sebab gua tak tahan duduk rumah duapuluhempatjam.. tapi bila dah sampai ke bulan disember ni gua rasa cepatnya masa berlalu.. Rasa tak puas lagi nak mengoline nak makan puaspuas and nak memanja ngan Mak Abah biarpun sekarang diaorang dah jarang ada kat umah... Hari ni masuk 12hari gua tak jumpa Mak Abah gua..sobs sobs..

 November banyak melatih gua supaya cekal dan tabah dalam menjalani kehidupan ni.. Bulan ni jugak gua dah pandai masak..dah gaya makmak pun ada.. ok mak sila carikan bakal menantu dengan segere ye kihkihkih... 

 Apa-apa pun thank you november ! jasamu amat kami hargai... Harap berjumpa lagi pada tahun hadapan kbaiii....

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. -Aleesya Sofia


29 Nov 2011

Reality : Kakak yang Mithali

Sebagai seorang kakak yang mithali aku rasa nak teranjang adik aku yang duopulohempat ngadap computer main game sims 4 tuh... tang mana yang best game tuh pun aku tak tahu sampai kakak aku pun ketagih gak main game tuh.... Aku malas nak try main takut-takut kang aku ketagih sama... Game-game omputeh ni bukan leh caya sangat kang ada agenda tersembunyi bukan kita tahu pun...tapi laman sosial tuh err ... err.... hikhikhik....

Tapi sebagai kakak yang mithali jugak aku bukan taknak betul-betul teranjang tapi aku takut kang aku baru nak teranjang dia dah sepak aku ke muka pintu..aku kan insan yang lemah..hukhukhuk...

Aku asyik ngadap laptop takpe sebab aku dah habis belajar, lagi pun aku buat mende yang berfaedah.. menaip entry di blog misalnya..kan berfaedah tuh?? Dia tuh baru form 1 sejak start cuti sekolah ni tak ngadap buku langsung...aku dulu time cuti sekolah ngadaplah jugak buku-buku ni macam novel misalnya...perghh form 1 dah baca novel aku ni...hebak an?

Sebagai kakak yang mithali jugak aku malaslah nak berleter macam mak-mak, aku marah cam kakak-kakak jew...so sekarang aku nak berleter gaya kakak-kakak kbaiii...

28 Nov 2011

Shit is Taik

"once you do shit with me, a thousand million times I reply shit to you"

translation from english to malay

"sekali kau buat taik dengan aku, seribu juta kali aku balas taik kat kau"


konklusi : 'jangan pernah buat taik dekat aku, kang aku start speaking tergagap kau nak jawab. demmit'

Reality : #blog

Hai ebibadi...amacam comel tak I eja ebibadi tuh? dah macam ebby abadi pun ada ye dak ?...ok ok stop!

Di sini saya yang bernama polan binti si polan secara rasminya telah membuka blog baru..ohyeahhh..horreeyy horeyyy... stop!

Saya mengucapkan selamat datang ke blog yang tak kelakar dan sangat membosankan ini... Blog ini bergenre pra-sejarah, misteri nusantara, asam garam kehidupan, angan-angan mat jenin serta kisah dongeng..

Baru diterbitkan baru sat tadi lebih kurang dalam pukul sebelum jarum jam menuju ke angka sembilan..

Tujuan blog ini dicipta bagi mengantikan blog lama yang akan berkubur pada esok atau lusa hari..

Masih tidak mempunyai pengikut-pengikut kerana masih tiada siapa yang tahu blog ini wujud buat masa ini dan kemungkinan angka follower itu akan tetap menjadi zero menjelang tahun 2012..

Memegang prinsip 'bila aku rajin menaip aku bosan membaca dan bila aku malas menaip aku suka membaca' membuatkan blog ini nanti akan di updates mengikut suka hati mood aku..

Menggunakan ganti nama pertama iaitu aku, saya, gua, I, akak dan sewaktu dengannya mengikut genre entry tersebut..

Matlamat blog ini hanya untuk menyimpan khazanah-khazanah alam semesta dan daya pemikiran untuk di hari tua...

Sampai di sini sahaja pendahuluan untuk saya memperkenalkan diri ini..sekian terima kasih...

TikTokTikTok : "saya tahu siapa saya, anda juga tahu siapa anda, mereka juga tahu mereka siapa,  kalau  ada yang tidak tahu sila pergi ke cermin dengan segera"