26 Jul 2012

Happy Birthday !



25 Julai 1993 bersamaan 5 Safar 1414 Hijrah pada pukul 2.50 pagi 
terdengar sayup suara bayi yang seberat 3.8 kg telah selamat di lahirkan.
Suara pertama didengari olehnya iqamat dari bapanya sendirinya.


*19 tahun kemudian*



kini, 25 Julai 1993 bersamaan 5 Ramadan  1433 Hijrah
dia kini membesar menjadi seorang anak gadis remaja
tetapi perbezaannya kini pertama kali dalam hidupnya
dan hidup-hidup yang akan datang hari kelahirannya kini di sambut
tanpa kehadiran seorang insan bergelar Abah yang telah pergi untuk
selama-lamanya.

Di hari lahirnya maka genaplah setengah tahun pemergian ayahanda tercinta.
Pertama kali dalam hidupnya juga dia merasakan hari lahirnya kita tiada memberi apa-apa makna.
Dia tidak  mengharapkan ucapan, dia tidak inginkan hadiah, dan dia juga
tidak berharap akan mendapat kek yang selalu dia tunggu tunggukan
setiap kali hari lahirnya.

Kini yang ada dalam dirnya hanya kosong, dia hanya menganggap 25 Julai hanyalah hari biasa
hari biasa seperti hari hari lain yang dia lalui.
Mungkin kerana kehilangan ayahanda tercinta membuatkan dia berubah sebegitu
atau pun mungkin juga kerana faktor usia. Entahlah.


**************************


Alhamdulillah akhirnya genap umur aku 19. Terima kasih pada kawan-kawan yang wish befday melalui henfon, facebook dan twitter. Semoga anda semua juga di panjangkan umur. Pejam celik pejam celik dah dua tahun aku tingalkan zaman persekolahan, rasa macam semalam baru sambut befday kali ke 17 dengan mereka. RIndunya zaman itu. Sekarang semua dah bawak haluan masing-masing. Ada ke hulu, ada ke hilir, ada ke utara, ada juga ke selatan boleh di katakan merata-rata mereka merantau menimba ilmu. Kini nak sambut befday macam dulu entah boleh ke tidak.

Tinggal lagi setahun je untuk melangkah ke alam 20 an. Oh my God tahun depan dah 20? tuanyaaaaaa =( kalau boleh nak belasan selalu baru muda keremajaan kan? hihihi kalaulah boleh..

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon berjuta kemaafan kepada setiap insan yang telah aku lakukan kesilapan pada mereka, halalkan segala apa yang tengah aku guna, makan dan pinjam. Rasanya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat menyambut Ramdhan al-Mubarak, moga-moga di bulan yang penuh keberkatan ini kita dapat melakukan amalan yang berlipat kali ganda dan semoga bulan ni memberi rahmat dalam hidup kita. Amin =)


Happy Birthday Myself !




11 Jul 2012

Perpisahan. Kerinduan. Pertemuan.

Jika kehilangan aku membuatkan kau rindu berhenti mengenali. Jika kehadiranku dapat mengukirkan senyuman di bibirmu relakan pemergianku. Jika kau ikhlas menerimaku seadanya izinkan aku merobek segala kegembiraan di hatimu.

   Aku kejam?

*drop this subject*

Kehilangan. Pertemuan. Perpisahan. Pergantian. Lumrah kehidupan.

Setiap pertemuan sememangnya wujud perpisahan, perkara yang memang tidak boleh di nafikan.. Tapi perpisahan selalu membawa kerinduan, kerinduan yang bukan sekejap cuma, kerinduan itu akan selalu ada, akan selalu hidup dan akan selalu menyeksa jiwa.

Sakit. Rindu itu sakit. Rindu itu membunuh. Rindu itu tak akan pernah puas. Walaupun bertemuan berlaku namun rindu itu tetap akan ada kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan akan ada kerinduan. Rantaian yang tidak boleh di pisahkan.

Aku rindu.