28 Nov 2011

Reality : #blog

Hai ebibadi...amacam comel tak I eja ebibadi tuh? dah macam ebby abadi pun ada ye dak ?...ok ok stop!

Di sini saya yang bernama polan binti si polan secara rasminya telah membuka blog baru..ohyeahhh..horreeyy horeyyy... stop!

Saya mengucapkan selamat datang ke blog yang tak kelakar dan sangat membosankan ini... Blog ini bergenre pra-sejarah, misteri nusantara, asam garam kehidupan, angan-angan mat jenin serta kisah dongeng..

Baru diterbitkan baru sat tadi lebih kurang dalam pukul sebelum jarum jam menuju ke angka sembilan..

Tujuan blog ini dicipta bagi mengantikan blog lama yang akan berkubur pada esok atau lusa hari..

Masih tidak mempunyai pengikut-pengikut kerana masih tiada siapa yang tahu blog ini wujud buat masa ini dan kemungkinan angka follower itu akan tetap menjadi zero menjelang tahun 2012..

Memegang prinsip 'bila aku rajin menaip aku bosan membaca dan bila aku malas menaip aku suka membaca' membuatkan blog ini nanti akan di updates mengikut suka hati mood aku..

Menggunakan ganti nama pertama iaitu aku, saya, gua, I, akak dan sewaktu dengannya mengikut genre entry tersebut..

Matlamat blog ini hanya untuk menyimpan khazanah-khazanah alam semesta dan daya pemikiran untuk di hari tua...

Sampai di sini sahaja pendahuluan untuk saya memperkenalkan diri ini..sekian terima kasih...

TikTokTikTok : "saya tahu siapa saya, anda juga tahu siapa anda, mereka juga tahu mereka siapa,  kalau  ada yang tidak tahu sila pergi ke cermin dengan segera"

No comments:

Post a Comment