8 Aug 2012

Need Some Help.



Cuti ke?.. Taklah dah berhenti.. Berhenti? Kenapa? Berhenti sebab....

Yup! Aku dah berHENTI study. Aku bukan lagi student nurse. Bukan lagi pelajar UniKL RCMP. Aku bukan lagi belajar di Perak. Aku bukan lagi di sana. Aku sekarang menetap di rumah. Duduk dengan Mak dan dah bekerja pun.

Jika di tanya sebab apa aku berhenti sejujurnya aku tiada alasan yang tepat untuk itu. Aku tak tahu kenapa yang pasti hati aku bukan kat sana lagi. Aku tak menyesal dengan keputusan yang telah aku buat dan aku juga tak menyesal pernah study di sana. Kalau boleh memang aku nak ke sana tapi bukan sebagai pelajar UniKL RCMP. Serik? NO. Best? Yes! Kat sana aku punya kawan yang best. Jadi student nurse pun best tapi sayang jadi student nurse dibawah RCMP itu yang tak best. Kenapa? Ha Ha Ha saja yang mampu aku katakan :)

Alasan yang selalu aku berikan bila ada yang menanyakan sebab aku berhenti pasti aku jawab sebab mahal. Yup memang mahal bagi aku tapi aku tahu sebenarnya family aku mampu untuk membayarkannya. Tapi sebagai anak dan adik yang bertimbang rasa *cough* aku tak nak lah menyusahkan sesiapa sepanjang aku belajar walaupun hakikatnya aku terpaksa jugak membayar 5100 dengan inche MARA.

Stop pasal masa yang dah berlalu. Yang dah lepas biar ianya disimpan sebagai kenangan dan pengalaman serta pengajaran. Cerita pasal masa sekarang.

Aku bukan penganggur harap maklum. Aku pekerja. Menunggu hujung bulan untuk mendapatkan gaji. Tapi tak bermakna aku sudah merasa duit sendiri aku berniat tak mahu study. Keinginan itu masih ada untuk bergelar seorang pelajar. Pelajar dalam bidang apa? .....

Memikirkan masa depan amat memeningkan apatah lagi masa sekarang hidup aku bergantung pada masa yang menentukan. Susahnya hidup tanpa matlamat. Aku tak tahu apa aku minat. Apa yang aku inginkan. Apa yang aku mahu. Susahnya buat pilihan.


Bila fikirkan pasal tu rasa nak ambik otak ni cuci dengan air zam zam biar bersih dari segala masalah. Baru ringan nak bawak ke mana-mana. Rupanya selama ni berat badan aku menaik mungkin disebabkan masalah yang makin memberat kat kepala ni. hmm...

I need some help. Kalaulah ada seseorang yang baik hati bagi pinjam telinga dia kat aku kan bagus.
Aku forever alone? Mungkin. Pakwe tak ada, suami lagilah takde *promote.. puiii*... Ada pakwe buat sakit hati buat mende ye dak? *tetiba*.


Aku rasa nak kawen je. Bila kawen dok umah je suami tanggung. Alahai senangnya hidup.  Kau ingat cari suami macam beli ikan kat pasar? *lari dari tajuk*


Stress!


Nak nangis. Tapi kalaulah menangis tu boleh menyelesaikan masalah lebih tujuh tempayan airmata aku sediakan. Aku tak mahu ceritakan pada mereka (kawan). Nanti takut mereka kata aku ni ada masalah baru cari mereka. hmm... berat.


Dah hampir pukul 1 pagi. Aku sekarang dah jarang updates blog. Kali ni aku updates sebab aku tak tahu nak cerita ke sape. Berat sangat kepala ni. Bila dah merapu tah haper haper rasa ringan sikit. Boleh lah kiranya pergi ke alam mimpi kejak lagi. Hah ni satu hal bila dah setiap kali tidur bermimpi aku tak pasti bila dejavu datang itu perkara dah pernah berlaku dalam realiti atau alam mimpi. Aku rasa tak lama lagi ke alam gila lah aku.


Pakwe alam mimpi dah panggil tu. Nanti ada masalah lagi aku sambung updates. Ahaks <-- *macam gedik*


No comments:

Post a Comment